Bahan bantu mengajar yang memiliki tarikan visual yang tinggi adalah perlu abad ini kerana generasi kini lebih cenderung untuk menatap dan membelek gajet.

Tahukah anda disebabkan kecenderungan ini, kanak-kanak generasi ini cepat bosan dengan sesi pembelajaran berbentuk lisan yang berterusan?

Masa inilah untuk anda ambil tahu bahan bantu mengajar yang sesuai dan terbukti keberkesanannya. 

Jom kita lihat cara-cara mengenal pasti bahan bantu mengajar yang baik.

7 Cara Bahan Bantu Mengajar Boleh Membantu Anak Anda

Bahan bantu mengajar yang bagus dapat merangsang minat anak anda agar dirinya dapat dipupuk dengan sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu topik.

Cara bahan bantu mengajar yang bagus dapat dilihat dari segi berikut:

  1.  Kreativiti guru

Contoh terbaik datang dari guru-guru sendiri. Guru yang bijak mengolah idea akan dapat menghasilkan bahan mengajar yang bernas.

Kebiasaannya, guru-guru dapat menggunakan contoh melalui objek-objek yang sering digunakan dalam kehidupan harian.

Contohnya, guru-guru menggunakan flashcard atau Playdough untuk memastikan pelajarnya lebih faham.

Aktiviti seperti skit dan juga wayang kulit untuk menceritakan sesuatu topik juga dapat merangsang pemahaman pelajar.

Sekali gus, menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

  1. Pelajar tak bosan

Petanda bahan bantu mengajar itu berkesan adalah apabila pelajar tidak cepat bosan sewaktu kelas berlangsung.

Kanak-kanak lebih pantas menguasai sesuatu topik apabila mereka terdedah kepada pengalaman audio-visual yang menarik.

Sebarang elemen berbentuk animasi juga jauh lebih menarik berbanding cara yang biasa digunakan iaitu pengajaran secara lisan sahaja.

  1. Konsep susah mudah difahamkan

Ingat, jika anda buntu dalam memberi penerangan tentang sesuatu konsep yang agak sukar, sentiasa terangkan dalam bentuk audio-visual yang menarik.

Penerangan lisan sahaja kurang membantu, jadi gunalah gambar-gambar, video atau audio untuk memastikan anak anda dapat menangkap intipati topik.

  1. Sesi pembelajaran lebih menarik 

Kajian menunjukkan bahawa jangka masa perhatian yang dapat diberikan oleh kanak-kanak berumur 2 hingga 10 tahun hanyalah dalam lingkungan kurang dari 60 minit.

Dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang menarik akan membantu kanak-kanak mengekalkan fokus yang agak panjang.

Berbanding dengan bebelan panjang tanpa unsur visual yang akan menipiskan sedikit sebanyak tahap fokus yang dapat diberikan oleh anak-anak.

  1. Perspektif meluas

Subjek-subjek seperti Sains dan Geografi tidak lengkap tanpa bahan bantu mengajar yang efektif. 

Untuk subjek Geografi, anda boleh menggunakan carta dan peta supaya si kecil dapat mengenal pasti nama dan lokasi sesuatu tempat.

Untuk subjek Sains pula, anda boleh manfaatkan gambar-gambar rajah, contohnya, berkenaan anatomi badan manusia bersaiz A3 yang boleh didapati di kedai-kedai buku.

Tiada batasan dan limitasi eksplorasi si kecil. Bawalah mereka ke tempat-tempat seperti Zoo Negara ataupun Petrosains sebagai inisiatif lawatan sambil belajar.

  1. Pemahaman dimensi melalui bahan sekeliling

Mengajar anak-anak di rumah lagi senang sebenarnya. Jika anda mahu mereka mulai mengenal hal-hal duniawi, tunjukkan saja bahan yang telah ada di rumah.

Barang-barang yang berada di dapur adalah cara yang paling mudah. Anda boleh lakukan aktiviti kenal pasti ini dengan anak-anak.

Contohnya, menyusun bawang merah atau bawang putih ke dalam bakul kemudian menimbangnya untuk mengajar anak tentang jisim.

Atau anak anda dapat mengetahui serba sedikit tentang isi padu sewaktu aktiviti menuang air ke dalam jag kaca. 

Mudahkan?

  1. Mengira menjadi mudah

Anda berasa sukar sekali untuk mengajar anak mengira? 

Haa, sebab itu pentingnya bahan bantu mengajar ni! Bebola dan butang-butang yang berwarna-warni merupakan sebahagian bahan bantuan mengajar yang berkesan.

Gunakan bahan-bahan seperti ini untuk mengajar cara menambah atau menolak. Gerenti anak-anak akan cepat dapat tangkap topik mengira ini.

Akhir artikel, anda telah mengetahui bagaimana bahan bantu mengajar membolehkan anak anda belajar dengan lebih efektif. 

Semoga 7 cara ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mengajar anak-anak anda secara interaktif dan menyeronokkan! 

Sebagai tambahan kepada usaha anda, cubalah muat turun aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!

Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar sesuatu topik.

Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian. 

Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka. 

Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami.

Maklum balas secara on the spot akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran secara efisien.

Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka.

Playlab Classroom

Playlab classroom merupakan aplikasi permainan yang berteraskan ilmu pembelajaran.

Iaitu yang memfokuskan lima subjek teras pra sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh KPM.

Setiap permainan mempunyai gamifikasi serta keunikan yang tersendiri bagi anak-anak menyelesaikan mengikut daya kreativiti sendiri. 

Aplikasi ini didatangi dengan tiga pakej yang berbeza:

Classroom Starter Classroom Lite Classroom Pro
Pakej ini tertakluk kepada seorang pengguna sahaja  Pakej ini membolehkan sehingga 3 pengguna  Pakej ini membolehkan sehingga 5 pengguna 
pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium
layak mendapatkan standard online support layak mendapatkan priority online support layak mendapatkan priority online support
RM 39/sebulan RM 59/ 6 bulan RM 99/tahunan

Faedah kepada ibu bapa serta guru di mana mereka diberi kelebihan untuk memantau prestasi serta perkembangan anak-anak melalui fungsi ‘parent dashboard’.

Setiap permainan pembelajaran bagi setiap subjek akan direkod secara tersusun dan memberi analisis penting kepada penjaga.