Mahu memupuk anak anda untuk belajar menulis jawi?
Terasa sukar betul nak bagi si cilik mahir mengenal huruf jawi. Apa ya taktik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini?
Kalau boleh, tak mahulah melalui cara paksaan, seharusnya belajar menulis jawi perlulah dengan seronok-seronok dan mudah difahami.
Mari baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut cara anak-anak dapat belajar menulis jawi dengan berkesan. Ayuh!
Kepentingan Belajar Menulis Jawi
Tulisan jawi telah wujud lama dan merupakan antara tulisan yang paling awal ditemui di Tanah Melayu (kini Malaysia).
Seperti tulisan yang lain, jawi memiliki ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan tulisan lain.
Contohnya, jawi ditulis dari arah kanan ke kiri.
Tulisan jawi lazim dikaitkan dengan agama Islam, menjadikannya simbol kesenian dan identiti umat Islam sendiri.
Hal ini kerana al-Quran, kitab-kitab agama dan hadis adalah dalam tulisan jawi.
Tulisan jawi juga sering menjadi jolokan kemelayuan dan juga perjuangan keislaman. Pendidikan telah berkembang pesat dalam kalangan Melayu dahulu dalam bentuk tulisan jawi.
Selain itu, tulisan jawi memainkan peranan yang penting dari segi hubungan diplomatik zaman kegemilangan tamadun Melayu.
Jawi melambangkan keperibadian dan kejatian unggul orang Melayu yang kukuh suatu ketika dahulu.
Begitulah, betapa pentingnya peranan kita kini mempertahankan jawi yang unik, klasik serta memiliki nilai estetika yang tinggi ini.
Anda mempunyai peranan yang penting untuk memupuk minat anak-anak anda terhadap penulisan jawi.
9 Cara Ajar Anak Anda Kenali Jawi
Berikut merupakan 10 cara mudah untuk anda mengajar anak-anak supaya mereka mengenali huruf-huruf jawi:
- Guna sand tray
Anda tak perlu pun beli sand tray mahal-mahal. Guna bekas bersaiz segi empat yang agak cetek dan leper pun dah okay.
Isi bekas berikut dengan pasir dan siap!
Anak anda boleh lukis huruf-huruf jawi dengan jari mereka diatas sand tray tadi dengan pengawasan anda.
Bukan sahaja anak anda akan cepat tangkap huruf-huruf jawi, aktiviti ini juga boleh merangsang pergerakan motor dan sensori mereka.
- Guna buku-buku yang ada dalam rumah
Cara ini adalah antara yang paling mudah. Ia hanya memerlukan anda untuk menunjukkan barang-barang yang sedia ada di rumah.
Contohnya, buku. Perkenalkan kepadanya cara tulisan perkataan buku dalam jawi.
Anak anda dapat memegang dan sekali gus mempelajari apakah tulisan jawi untuk barang-barang di rumah.
- Tak perlu ajar ikut turutan
Ramai yang salah anggap bahawa huruf jawi perlu diajar mengikut turutan. Kalau tak ikut turutan pun tidak apa sebenarnya.
Ajar anak anda dengan huruf yang senang-senang dulu macam alif, dal atau lam.
- Guna playdough
Ajaklah anak anda bermain playdough! Bentukkan playdough seperti huruf-huruf jawi. Pasti anak anda sukakan aktiviti ini!
- Storytelling
Selepas anak anda sudah agak mahir dengan huruf-huruf jawi tadi, bolehlah anda mengajaknya ber-storytelling.
Aktiviti ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman dan penguasan jawi mereka.
- Game
Kanak-kanak amat sukakan game terutamanya jika ia berbentuk interaktif.
Banyak idea menarik yang anda boleh dapati di Internet, hanya perlu Google sahaja.
- Sedia ruang khas
Selain menghias ruangan bilik anak anda dengan dekorasi, sediakanlah ruang khas untuk menampal poster jawi.
Anda boleh juga menggalakkan anak anda untuk menampal hasil tulisan jawinya di dinding ruangan khas berikut.
- Kraf huruf jawi
Masukkan unsur seni dalam pembelajaran jawi anak anda, pasti mereka sukakannya!
- Flashcard
Dan yang terakhir dan agak mudah, anda boleh dapatkan flashcard huruf jawi di mana-mana kedai buku.
Anda boleh juga buat flashcard huruf jawi ini sendiri dan apabila telah siap, boleh ajak anak anda melakar jarinya diatas huruf-huruf tersebut.
Pastikan anak menyebut huruf-huruf jawi itu supaya mereka kenal rupa bentuk dan juga sebutan yang tepat.
Akhir artikel, anda telah memperoleh beberapa tips mengenai pembelajaran tulisan jawi dengan cara yang lebih mudah serta efektif dengan penggunaan alat digital sebaiknya.
Semoga tips-tips ini memberi manfaat kepada anak-anak anda dalam penguasaan menulis jawi.
Ibu bapa atau guru-guru tidak perlu risau, cubalah aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!
Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar menulis jawi.
Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian.
Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka.
Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami.
Maklum balas secara on the spot akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran menulis jawi secara efisien.
Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka.
Apakah itu Playlab Classroom?
Playlab classroom merupakan aplikasi permainan yang berteraskan ilmu pembelajaran.
Iaitu yang memfokuskan lima subjek teras pra sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik ,Sains dan Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh KPM.
Setiap permainan mempunyai gamifikasi serta keunikan yang tersendiri bagi anak-anak menyelesaikan mengikut daya kreativiti sendiri.
Aplikasi ini didatangi dengan tiga pakej yang berbeza:
Classroom Starter | Classroom Lite | Classroom Pro |
Pakej ini tertakluk kepada seorang pengguna sahaja | Pakej ini membolehkan sehingga 3 pengguna | Pakej ini membolehkan sehingga 5 pengguna |
pengguna boleh akses semua konten premium | pengguna boleh akses semua konten premium | pengguna boleh akses semua konten premium |
layak mendapatkan standard online support | layak mendapatkan priority online support | layak mendapatkan priority online support |
RM 39/sebulan | RM 59/ 6 bulan | RM 99/tahunan |
Faedah kepada ibu bapa serta guru di mana mereka diberi kelebihan untuk memantau prestasi serta perkembangan anak-anak melalui fungsi ‘parent dashboard’.
Setiap permainan pembelajaran bagi setiap subjek akan direkod secara tersusun dan memberi analisis penting kepada penjaga.