Category: Info

7 Cara Bahan Bantu Mengajar Membolehkan Anak Anda Belajar Dengan Lebih Baik

Bahan bantu mengajar yang memiliki tarikan visual yang tinggi adalah perlu abad ini kerana generasi kini lebih cenderung untuk menatap dan membelek gajet.

Tahukah anda disebabkan kecenderungan ini, kanak-kanak generasi ini cepat bosan dengan sesi pembelajaran berbentuk lisan yang berterusan?

Masa inilah untuk anda ambil tahu bahan bantu mengajar yang sesuai dan terbukti keberkesanannya. 

Jom kita lihat cara-cara mengenal pasti bahan bantu mengajar yang baik.

7 Cara Bahan Bantu Mengajar Boleh Membantu Anak Anda

Bahan bantu mengajar yang bagus dapat merangsang minat anak anda agar dirinya dapat dipupuk dengan sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu topik.

Cara bahan bantu mengajar yang bagus dapat dilihat dari segi berikut:

  1.  Kreativiti guru

Contoh terbaik datang dari guru-guru sendiri. Guru yang bijak mengolah idea akan dapat menghasilkan bahan mengajar yang bernas.

Kebiasaannya, guru-guru dapat menggunakan contoh melalui objek-objek yang sering digunakan dalam kehidupan harian.

Contohnya, guru-guru menggunakan flashcard atau Playdough untuk memastikan pelajarnya lebih faham.

Aktiviti seperti skit dan juga wayang kulit untuk menceritakan sesuatu topik juga dapat merangsang pemahaman pelajar.

Sekali gus, menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

  1. Pelajar tak bosan

Petanda bahan bantu mengajar itu berkesan adalah apabila pelajar tidak cepat bosan sewaktu kelas berlangsung.

Kanak-kanak lebih pantas menguasai sesuatu topik apabila mereka terdedah kepada pengalaman audio-visual yang menarik.

Sebarang elemen berbentuk animasi juga jauh lebih menarik berbanding cara yang biasa digunakan iaitu pengajaran secara lisan sahaja.

  1. Konsep susah mudah difahamkan

Ingat, jika anda buntu dalam memberi penerangan tentang sesuatu konsep yang agak sukar, sentiasa terangkan dalam bentuk audio-visual yang menarik.

Penerangan lisan sahaja kurang membantu, jadi gunalah gambar-gambar, video atau audio untuk memastikan anak anda dapat menangkap intipati topik.

  1. Sesi pembelajaran lebih menarik 

Kajian menunjukkan bahawa jangka masa perhatian yang dapat diberikan oleh kanak-kanak berumur 2 hingga 10 tahun hanyalah dalam lingkungan kurang dari 60 minit.

Dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang menarik akan membantu kanak-kanak mengekalkan fokus yang agak panjang.

Berbanding dengan bebelan panjang tanpa unsur visual yang akan menipiskan sedikit sebanyak tahap fokus yang dapat diberikan oleh anak-anak.

  1. Perspektif meluas

Subjek-subjek seperti Sains dan Geografi tidak lengkap tanpa bahan bantu mengajar yang efektif. 

Untuk subjek Geografi, anda boleh menggunakan carta dan peta supaya si kecil dapat mengenal pasti nama dan lokasi sesuatu tempat.

Untuk subjek Sains pula, anda boleh manfaatkan gambar-gambar rajah, contohnya, berkenaan anatomi badan manusia bersaiz A3 yang boleh didapati di kedai-kedai buku.

Tiada batasan dan limitasi eksplorasi si kecil. Bawalah mereka ke tempat-tempat seperti Zoo Negara ataupun Petrosains sebagai inisiatif lawatan sambil belajar.

  1. Pemahaman dimensi melalui bahan sekeliling

Mengajar anak-anak di rumah lagi senang sebenarnya. Jika anda mahu mereka mulai mengenal hal-hal duniawi, tunjukkan saja bahan yang telah ada di rumah.

Barang-barang yang berada di dapur adalah cara yang paling mudah. Anda boleh lakukan aktiviti kenal pasti ini dengan anak-anak.

Contohnya, menyusun bawang merah atau bawang putih ke dalam bakul kemudian menimbangnya untuk mengajar anak tentang jisim.

Atau anak anda dapat mengetahui serba sedikit tentang isi padu sewaktu aktiviti menuang air ke dalam jag kaca. 

Mudahkan?

  1. Mengira menjadi mudah

Anda berasa sukar sekali untuk mengajar anak mengira? 

Haa, sebab itu pentingnya bahan bantu mengajar ni! Bebola dan butang-butang yang berwarna-warni merupakan sebahagian bahan bantuan mengajar yang berkesan.

Gunakan bahan-bahan seperti ini untuk mengajar cara menambah atau menolak. Gerenti anak-anak akan cepat dapat tangkap topik mengira ini.

Akhir artikel, anda telah mengetahui bagaimana bahan bantu mengajar membolehkan anak anda belajar dengan lebih efektif. 

Semoga 7 cara ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mengajar anak-anak anda secara interaktif dan menyeronokkan! 

Sebagai tambahan kepada usaha anda, cubalah muat turun aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!

Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar sesuatu topik.

Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian. 

Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka. 

Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami.

Maklum balas secara on the spot akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran secara efisien.

Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka.

Playlab Classroom

Playlab classroom merupakan aplikasi permainan yang berteraskan ilmu pembelajaran.

Iaitu yang memfokuskan lima subjek teras pra sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh KPM.

Setiap permainan mempunyai gamifikasi serta keunikan yang tersendiri bagi anak-anak menyelesaikan mengikut daya kreativiti sendiri. 

Aplikasi ini didatangi dengan tiga pakej yang berbeza:

Classroom Starter Classroom Lite Classroom Pro
Pakej ini tertakluk kepada seorang pengguna sahaja  Pakej ini membolehkan sehingga 3 pengguna  Pakej ini membolehkan sehingga 5 pengguna 
pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium
layak mendapatkan standard online support layak mendapatkan priority online support layak mendapatkan priority online support
RM 39/sebulan RM 59/ 6 bulan RM 99/tahunan

Faedah kepada ibu bapa serta guru di mana mereka diberi kelebihan untuk memantau prestasi serta perkembangan anak-anak melalui fungsi ‚Äėparent dashboard‚Äô.

Setiap permainan pembelajaran bagi setiap subjek akan direkod secara tersusun dan memberi analisis penting kepada penjaga.

belajar menulis jawi

9 Cara Belajar Menulis Jawi Dengan Berkesan Untuk Anak-anak

belajar menulis jawi

Mahu memupuk anak anda untuk belajar menulis jawi?

Terasa sukar betul nak bagi si cilik mahir mengenal huruf jawi. Apa ya taktik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini?

Kalau boleh, tak mahulah melalui cara paksaan, seharusnya belajar menulis jawi perlulah dengan seronok-seronok dan mudah difahami.

Mari baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut cara anak-anak dapat belajar menulis jawi dengan berkesan. Ayuh! 

Kepentingan Belajar Menulis Jawi

belajar menulis jawi

Tulisan jawi telah wujud lama dan merupakan antara tulisan yang paling awal ditemui di Tanah Melayu (kini Malaysia).

Seperti tulisan yang lain, jawi memiliki ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan tulisan lain. 

Contohnya, jawi ditulis dari arah kanan ke kiri.

Tulisan jawi lazim dikaitkan dengan agama Islam, menjadikannya simbol kesenian dan identiti umat Islam sendiri. 

Hal ini kerana al-Quran, kitab-kitab agama dan hadis adalah dalam tulisan jawi.

Tulisan jawi juga sering menjadi jolokan kemelayuan dan juga perjuangan keislaman. Pendidikan telah berkembang pesat dalam kalangan Melayu dahulu dalam bentuk tulisan jawi.

Selain itu, tulisan jawi memainkan peranan yang penting dari segi hubungan diplomatik zaman kegemilangan tamadun Melayu. 

Jawi melambangkan keperibadian dan kejatian unggul orang Melayu yang kukuh suatu ketika dahulu. 

Begitulah, betapa pentingnya peranan kita kini mempertahankan jawi yang unik, klasik serta memiliki nilai estetika yang tinggi ini.

Anda mempunyai peranan yang penting untuk memupuk minat anak-anak anda terhadap penulisan jawi.

9 Cara Ajar Anak Anda Kenali Jawi

Berikut merupakan 10 cara mudah untuk anda mengajar anak-anak supaya mereka mengenali huruf-huruf jawi:

  1. Guna sand tray 

Anda tak perlu pun beli sand tray mahal-mahal. Guna bekas bersaiz segi empat yang agak cetek dan leper pun dah okay. 

Isi bekas berikut dengan pasir dan siap! 

Anak anda boleh lukis huruf-huruf jawi dengan jari mereka diatas sand tray tadi dengan pengawasan anda.

Bukan sahaja anak anda akan cepat tangkap huruf-huruf jawi, aktiviti ini juga boleh merangsang pergerakan motor dan sensori mereka.

  1. Guna buku-buku yang ada dalam rumah

Cara ini adalah antara yang paling mudah. Ia hanya memerlukan anda untuk menunjukkan barang-barang yang sedia ada di rumah.

Contohnya, buku. Perkenalkan kepadanya cara tulisan perkataan buku dalam jawi.

Anak anda dapat memegang dan sekali gus mempelajari apakah tulisan jawi untuk barang-barang di rumah.

  1. Tak perlu ajar ikut turutan

Ramai yang salah anggap bahawa huruf jawi perlu diajar mengikut turutan. Kalau tak ikut turutan pun tidak apa sebenarnya. 

Ajar anak anda dengan huruf yang senang-senang dulu macam alif, dal atau lam. 

  1. Guna playdough

Ajaklah anak anda bermain playdough! Bentukkan playdough seperti huruf-huruf jawi. Pasti anak anda sukakan aktiviti ini!

  1. Storytelling

Selepas anak anda sudah agak mahir dengan huruf-huruf jawi tadi, bolehlah anda mengajaknya ber-storytelling.

Aktiviti ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman dan penguasan jawi mereka.

  1. Game

belajar menulis jawi

Kanak-kanak amat sukakan game terutamanya jika ia berbentuk interaktif.

Banyak idea menarik yang anda boleh dapati di Internet, hanya perlu Google sahaja.

  1. Sedia ruang khas

Selain menghias ruangan bilik anak anda dengan dekorasi, sediakanlah ruang khas untuk menampal poster jawi.

Anda boleh juga menggalakkan anak anda untuk menampal hasil tulisan jawinya di dinding ruangan khas berikut.

  1. Kraf huruf jawi

Masukkan unsur seni dalam pembelajaran jawi anak anda, pasti mereka sukakannya!

  1. Flashcard

Dan yang terakhir dan agak mudah, anda boleh dapatkan flashcard huruf jawi di mana-mana kedai buku.

Anda boleh juga buat flashcard huruf jawi ini sendiri dan apabila telah siap, boleh ajak anak anda melakar jarinya diatas huruf-huruf tersebut.

Pastikan anak menyebut huruf-huruf jawi itu supaya mereka kenal rupa bentuk dan juga sebutan yang tepat. 

Akhir artikel, anda telah memperoleh beberapa tips mengenai pembelajaran tulisan jawi dengan cara yang lebih mudah serta efektif dengan penggunaan alat digital sebaiknya.

Semoga tips-tips ini memberi manfaat kepada anak-anak anda dalam penguasaan menulis jawi.

Ibu bapa atau guru-guru tidak perlu risau, cubalah aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!

Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar menulis jawi.

Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian. 

Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka. 

Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami.

Maklum balas secara on the spot akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran menulis jawi secara efisien.

Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka.

Apakah itu Playlab Classroom?

Playlab classroom merupakan aplikasi permainan yang berteraskan ilmu pembelajaran.

Iaitu yang memfokuskan lima subjek teras pra sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik ,Sains dan Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh KPM.

Setiap permainan mempunyai gamifikasi serta keunikan yang tersendiri bagi anak-anak menyelesaikan mengikut daya kreativiti sendiri. 

Aplikasi ini didatangi dengan tiga pakej yang berbeza:

Classroom Starter Classroom Lite Classroom Pro
Pakej ini tertakluk kepada seorang pengguna sahaja  Pakej ini membolehkan sehingga 3 pengguna  Pakej ini membolehkan sehingga 5 pengguna 
pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium pengguna boleh akses semua konten premium
layak mendapatkan standard online support layak mendapatkan priority online support layak mendapatkan priority online support
RM 39/sebulan RM 59/ 6 bulan RM 99/tahunan

Faedah kepada ibu bapa serta guru di mana mereka diberi kelebihan untuk memantau prestasi serta perkembangan anak-anak melalui fungsi ‚Äėparent dashboard‚Äô.

Setiap permainan pembelajaran bagi setiap subjek akan direkod secara tersusun dan memberi analisis penting kepada penjaga.

belajar bahasa inggeris

Belajar Bahasa Inggeris Dengan 12 Tips Ini

Mahu menarik minat anak untuk belajar bahasa Inggeris? Mereka sering merungut kerana katanya bahasa Inggeris susah?

Bahasa Inggeris adalah antara bahasa terpenting dalam dunia. Penguasaannya membolehkan seseorang individu itu melangkah lebih jauh dalam  kariernya. 

Kebanyakan ibubapa dan guru-guru pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mahupun anak didik mereka. 

Jadi, usahlah bimbang. Jom baca artikel ini untuk mengetahui tips-tips menarik minat kanak-kanak licik untuk belajar bahasa Inggeris!

12 Tips Belajar Bahasa Inggeris Yang Menyeronokkan

belajar bahasa inggeris

Nak belajar bahasa Inggeris dengan mudah, pantas dan menyeronokkan? Mudah sangat sebenarnya!

Berikut merupakan 12 tips belajar bahasa Inggeris (kami ada selitkan juga beberapa tips mengajar bahasa Inggeris. Selamat mencuba!):

  1. Menonton filem

Belajar bahasa Inggeris menerusi filem adalah paling mudah sekali kerana siapa sahaja yang tidak menonton filem pada abad ini?

Terdapat banyak filem-filem diluar sana seperti Frozen, atau filem-filem keluaran Disney lain dalam bahasa Inggeris yang boleh dipilih dan ditapis untuk tontonan anak-anak. 

Malah, anda bebas untuk memilih filem yang sesuai untuk tontonan bersama-sama keluarga atas tujuan hiburan juga, best kan? 

  1. Karaoke

Selain dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti ini sangat menarik sekali!

Selain daripada menyanyi di pusat karaoke, boleh sahaja anda memasang lagu-lagu bahasa Inggeris di Youtube dan menyanyi bersama-sama anak anda.

Pilih dan belajar beberapa lagu Inggeris, kemudian praktis intonasi dan gaya tuturan Inggeris serta fahamkan maknanya.

  1. Bertutur dengan penutur asli

Anda memiliki kenalan yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris? Tunggu apa lagi! Berikan peluang kepada anak anda untuk bertutur bahasa Inggeris dengannya.

Sewaktu perbualan berlangsung, anak anda akan pantas pick up bahasa Inggeris dari penutur asli tersebut untuk disimpan sebagai kosa katanya. 

  1. Role-play

belajar bahasa inggeris

Jika agak sukar untuk mencari penutur asli bahasa Inggeris, boleh sahaja lakukan aktiviti role-play.

Role-play ini apabila anda memberikan beberapa senario kepada kanak-kanak seperti membeli-belah, memperkenalkan diri tetapi dalam bahasa Inggeris.

Selain daripada membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, kosa katanya juga akan bertambah dalam keadaan dirinya berasa seronok.

  1. Tulis blog

Penggalakan anak-anak untuk menulis sesuatu di dalam blog merupakan sesuatu yang bagus.

Hal ini kerana ia akan memupuk minat menulis dalam bahasa Inggeris dalam diri anak-anak pada peringkat awal. Bukan sahaja itu, mereka juga akan cakna dengan penggunaan IT.

  1. Belajar melalui lagu

Lagu-lagu yang menarik sering didendangkan di dalam radio malah kini lebih mudah untuk diakses seperti platform Youtube, Spotify dan sebagainya.

Maka, ramai anak-anak kecil yang tahu tentang lagu-lagu terkini, mungkin sebutannya kurang jelas tapi melodi itu ada.

Ibubapa dan guru-guru boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris tetapi dengan halus dan menyeronokkan.

  1. Cari lokasi sesuai

Belajar bahasa Inggeris di tempat yang sama dapat mengundang rasa bosan. 

Sesekali, boleh keluar ke ruang lain selain dari bilik ataupun ke taman kerana perubahan persekitaran dapat merangsang minda untuk lebih pantas menyerap maklumat.

  1. Belajar melalui video

belajar bahasa inggeris

Dalam era yang serba moden ini memang sangat mudah untuk akses konten dalam bahasa Inggeris. 

Selain daripada menonton video-video hiburan bahasa Melayu, apa kata tonton video-video hiburan dalam bahasa Inggeris juga sekali-sekala?

  1. Belajar melalui TV

Program-program di TV juga menawarkan pelbagai jenis pilihan rancangan yang menarik dalam bahasa Inggeris. 

Cuma, pastikan tontonan adalah yang terpilih sahaja serta secara terkawal agar kanak-kanak tidak ketagih untuk menonton TV. 

  1. Pastikan ia mudah

Untuk pemula, bahasa Inggeris perlu diajar secara mudah dan ringkas agar dapat cepat tangkap dan difahami dengan betul.

Hal ini juga agar kanak-kanak dapat memiliki asas yang kukuh untuk mereka bina kosa kata dan tatabahasa mereka kelak. 

Anda boleh terapkan dalam arahan berbentuk bahasa Inggeris yang ringkas seperti ‚ÄúStand up and stay still‚ÄĚ berbanding ‚ÄúCan everyone please stop what they‚Äôre doing and stand up‚ÄĚ.

  1. Pastikan ia menyeronokkan

Kanak-kanak mudah hilang perhatian dan cepat berasa bosan, jadi, perlu dipastikan agar setiap aktiviti mereka untuk belajar bahasa Inggeris adalah secara menyeronokkan.

Terdapat banyak sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan, semuanya boleh didapati secara atas talian.

  1. Melalui bahan bacaan 

belajar bahasa inggeris

Pupuk minat kanak-kanak untuk membaca dalam bahasa Inggeris agar dapat membina kosa kata dan struktur tatabahasa mereka.

Dapatkan buku-buku bahasa Inggeris sama ada di perpustakaan ataupun secara pembelian di mana-mana kedai buku. 

Belajar Bahasa Inggeris Dengan PlayLab Classrom

Ibu bapa atau guru-guru tidak perlu risau, cubalah aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!

Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar bahasa Inggeris. 

Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian. 

Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka. 

Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami. 

Maklum balas secara on the spot  akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran ilmu bahasa inggeris secara efisien.

Di penghujung artikel ini, anda telah memperolehi beberapa tips mengenai pembelajaran bahasa Inggeris dengan cara yang lebih mudah serta efektif dengan penggunaan alat digital sebaiknya. 

Semoga tips-tips ini memberi manfaat kepada anak-anak anda dalam penguasaan ilmu bahasa Inggeris.

Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka. 

Apakah itu Playlab Classroom?

Playlab classroom merupakan aplikasi permainan yang berteraskan ilmu pembelajaran yang  memfokuskan lima subjek teras pra sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik ,Sains dan Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh KPM. 

Setiap permainan mempunyai gamifikasi serta keunikan yang tersendiri bagi anak-anak menyelesaikan mengikut daya kreativiti sendiri. Aplikasi ini didatangi dengan tiga pakej yang berbeza:

Classroom Starter, Lite, Pro

Classroom Starter

Pakej ini tertakluk kepada seorang pengguna sahaja dan pengguna boleh akses semua konten serta layak mendapatkan standard online support. 

Classroom Lite

Pakej ini membolehkan sehingga 3 pengguna untuk mengakses semua konten premium serta mendapatkan priority online support. 

Classroom Pro

Pakej ini membolehkan sehingga 5 pengguna untuk mengakses semua konten premium serta mendapatkan priority online support.

Faedah kepada ibu bapa serta guru di mana mereka diberi kelebihan untuk memantau prestasi serta perkembangan anak-anak melalui fungsi ‚Äėparent dashboard‚Äô.¬†

Setiap permainan pembelajaran bagi setiap subjek akan direkod secara tersusun dan memberi analisis penting kepada penjaga.

Cool Code Playlab merupakan sebuah game studio dari Cool Code yang mencipta pembelajaran secara gamifikasi dengan berfokuskan pada kandungan prasekolah.

Malah, ibubapa dan guru boleh memantau perkembangan kanak-kanak melalui dashboard. 

Aplikasi ini memiliki pelbagai jenis permainan yang menguji minda kanak-kanak mengikut subjek-subjek teras sekolah termasuklah bahasa Melayu, Matematik, Sains, Agama Islam. 

Bukan sahaja bahasa Inggeris tau!

Aplikasi Playlab Classroom mempunyai misi untuk membantu kanak-kanak dalam mencapai pembelajaran yang lebih efektif dan menarik.